CUACA HARI INI

Monday, August 4, 2008

BUAH CEMPEDAK MENJADI NANGKA!!!

Fishing trip kali ini adalah salah satu fishing trip yang turun-turun ayam dan tidak dijangka-jangka kerana hanya tiga ahli IMMA yang pegi... Plan sebenar Team IMMA ialah untuk mengail di siring-siring saja tetapi semasa Team IMMA sedang mengail kebetulan datang sebuah perahu dan apabila kami bertanya dan membuat perundingan akhirnya lelaki tersebut bersetuju membawa kami ke tempat memancing yang special.., namanya jua inda mau-mau anglers tidak kira dimana, team kami akan terus berusaha untuk mencari tempat-tempat baru untuk memancing dengan mengetepikan perasan malu dan tidak tahu diri.... Dan hasilnya WOW!!!!!!!

STRIKE pertama diperolehi oleh Baracuda dan bagi team IMMA itu hanyalah untuk memanaskan badan dan pemberi semangat untuk team IMMA terus mendapatkan spesis idaman...

Akhirnya... kesabaran dan usaha ... memang benar!...turun-turun ayam membuahkan hasil 'kail_ terhebat' dapat menaikkan ikan berahan yang cukup membuatkan ahli-ahli IMMA menelan air liur...PUIII!!..

Kail_Terhebat sekali lagi menjelouskan ahli IMMA dengan tangkapannya ikan umpak... Team IMMA kali ini merasa kesal membawa kail_terhebat yang nampaknya semakin taiming!!!!

No comments: